Pemasangan Untuk Seluruh Malaysia
Mendaftar untuk
| UniFi Maxis Astro Njoi |
Soalan Yang Kerap Ditanya (FAQ)
Cari jawapan anda di sini.
Kami menyediakan perkhidmatan untuk mendaftar Astro dan Broadband untuk anda.
Anda boleh mengelakkan memandu dan beratur di kaunter jualan. Kami adalah peniaga yang boleh memproseskan pendaftaran anda dalam talian.
Anda tidak akan dicaj untuk mendaftar di sini. Tidak ada maklumat kad kredit yang diperlukan. Caj adalah sama seperti yang anda mendaftar di kaunter jualan.
Yang pertama, anda boleh mendaftar dalam talian di sini, kami akan menghubungi anda dengan segera semasa waktu perniagaan. WhatsApp / E-mel / Fax salinan fotokopi IC (untuk warganegara Malaysia) / Pasport (untuk orang asing) kepada kami. Apabila kami menerima semua maklumat, kami akan memproses pendaftaran anda segera.
Sebaik sahaja kami menerima pendaftaran anda dengan maklumat lengkap, kami akan memproses permohonan anda dengan segera pada waktu perniagaan. Kontraktor dari pembekal perkhidmatan kemudian akan menghubungi anda untuk pelantikan pemasangan setelah permohonan anda diluluskan.
Nikmati penjimatan yang lebih besar dan pembayaran bil tanpa gangguan dalam satu bil untuk Astro dan Broadband. Anda dapat menikmati Astro dan Broadband dengan harga potongan setiap bulan sepanjang tempoh kontrak 24 bulan.
Astro menawarkan pelbagai pakej TV termasuk Hiburan, Sukan, Filem dan Kanak-kanak. Anda boleh memilih pakej yang sesuai dengan pilihan tontonan anda serta menambah aplikasi penstriman pilihan jika tersedia.
Ya, anda boleh melanggan pakej TV Astro tanpa menggabungkan broadband. Namun, menggabungkan TV Astro dengan Fibre Broadband boleh memberikan penjimatan bulanan yang lebih baik serta kemudahan satu bil sahaja.
Untuk isi rumah kecil dengan penggunaan penstriman dan pelayaran ringan, 100Mbps biasanya mencukupi. Keluarga besar, pemain permainan dalam talian atau pengguna penstriman berat mungkin mendapat manfaat daripada pelan 500Mbps atau 1Gbps untuk prestasi lebih lancar pada pelbagai peranti.
Kebanyakan pelan TV dan Fibre broadband Astro disertakan dengan kontrak 24 bulan. Caj penamatan awal mungkin dikenakan sekiranya pembatalan dibuat sebelum tamat tempoh kontrak.
Ya, anda boleh menaik taraf pakej TV atau kelajuan broadband pada bila-bila masa, tertakluk kepada kelayakan dan liputan kawasan. Tempoh kontrak baharu mungkin dikenakan bergantung kepada naik taraf tersebut.
Bil bulanan anda akan dikeluarkan terus oleh Astro. Anda boleh menerimanya melalui emel atau mengaksesnya melalui akaun Astro anda. Pelanggan pakej gabungan akan menerima satu bil gabungan untuk perkhidmatan TV dan broadband.
Kaedah pembayaran termasuk perbankan dalam talian, debit automatik, kad kredit atau saluran pembayaran lain yang diluluskan oleh Astro. Pasukan kami boleh membantu anda semasa proses pendaftaran.
Jika anda mengalami gangguan perkhidmatan, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan Astro untuk bantuan teknikal. Dalam kebanyakan kes, masalah boleh diselesaikan dari jauh atau juruteknik akan dijadualkan jika perlu.
Ya, pemindahan tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan di alamat baharu anda. Caj pemindahan dan pelarasan kontrak mungkin dikenakan bergantung kepada pelan anda.
Tidak, anda tidak memerlukan kad kredit untuk menghantar permohonan. Pengaturan pembayaran akan dibuat terus dengan Astro selepas perkhidmatan anda diluluskan.
Pakej TV Astro terpilih membenarkan tambahan pilihan seperti perkhidmatan penstriman bergantung kepada promosi semasa dan ketersediaan. Caj bulanan tambahan mungkin dikenakan.
Ya, router WiFi biasanya disediakan semasa pemasangan fibre. Model router mungkin berbeza bergantung kepada pelan kelajuan broadband yang dipilih.
Ya, kami akan menyemak liputan perkhidmatan di alamat anda sebelum meneruskan permohonan untuk memastikan broadband tersedia di kawasan anda.
Bagi warganegara Malaysia, sila sediakan salinan MyKad anda. Bagi warga asing, sila sediakan salinan pasport semasa menghantar permohonan broadband.
Selepas permohonan anda diluluskan, penyedia perkhidmatan biasanya akan menghubungi anda dalam tempoh 2 hingga 7 hari bekerja untuk menetapkan janji temu pemasangan broadband.
Kebanyakan pelan Astro Broadband disertakan dengan kontrak 24 bulan bermula dari tarikh pemasangan. Jika anda berpindah, kontrak 24 bulan baharu mungkin dikenakan di alamat baharu.
Ya, anda boleh memindahkan perkhidmatan broadband tertakluk kepada ketersediaan perkhidmatan di alamat baharu. Kontrak anda mungkin diperbaharui untuk 24 bulan lagi bermula dari tarikh pemasangan baharu.
Ya, anda boleh memohon untuk memindahkan peranti broadband di dalam rumah. Caj pemasangan bukan standard mungkin dikenakan dan perlu dibayar terus kepada pemasang selepas penilaian dibuat.
Ya, anda boleh bertukar ke Astro Broadband. Untuk mengelakkan gangguan perkhidmatan, disarankan untuk mengaktifkan perkhidmatan baharu sebelum menamatkan kontrak broadband sedia ada.
Pemasangan standard mungkin percuma semasa tempoh promosi, namun pemasangan bukan standard (contohnya pemindahan peranti atau pendawaian kompleks) mungkin dikenakan caj tambahan yang perlu dibayar terus kepada pemasang.
Setiap pelanggan Astro boleh melanggan maksimum satu (1) langganan Multiroom (Smart TV). Jika anda memerlukan akses Multiroom tambahan, anda boleh melanggan Multiroom (Astro Box). Semua langganan perlu digunakan di lokasi yang sama seperti langganan utama.
You can cancel your WeTV VIP subscription via WeTV’s official website or mobile app.
Kindly note that we will not be able to offer a refund if you do decide to leave the WeTV app before your subscription period ends.
You will be able to enjoy all the content on WeTV via your Ultra/Ulti Box,
wetv.vip
and the WeTV mobile app immediately upon successful purchase from the Astro website. Please ensure that the mobile number used to log in to the app is the same one used to purchase your WeTV VIP subscription.
Sebarang penamatan akaun dalam tempoh kontrak akan dikenakan Yuran Pembatalan Awal.
Malangnya, ini bermaksud anda sedang menggunakan model TV yang tidak menyokong resolusi 4K UHD (Sony BRAVIA 4K GB, Sony BRAVIA 4K UR atau Sony BRAVIA VH).
Jangan risau, kami sedang bekerjasama dengan pasukan Sony untuk memastikan anda dapat menikmati saluran 4K UHD ini dalam masa terdekat. Kami akan memaklumkan kepada anda sebaik sahaja saluran-saluran ini tersedia.
Untuk pertanyaan berkaitan kandungan, ciri aplikasi, tetapan atau fungsi Disney+, sila layari Pusat Bantuan Disney+.
Sambungan Internet Perlahan menggunakan kabel LAN
Terdapat masalah dengan sambungan perkhidmatan anda.
Sila jalankan Ujian Kelajuan dan lampirkan gambar atau tangkapan skrin untuk ujian kelajuan dalam Borang Maklum Balas di bawah bagi bantuan lanjut.
Klik di sini untuk garis panduan Ujian Kelajuan.
Maklumat Pantas
Ujian kelajuan ialah perkhidmatan yang memberikan analisis percuma bagi parameter capaian Internet, seperti kadar data sambungan.
Sambungan Internet Perlahan menggunakan Wi-Fi
1. Kedudukan Router
Ramai orang memandang rendah akan kepentingan pemilihan tempat yang sesuai untuk router Wi-Fi. Walaupun dengan ajakan kecil dalam kedudukan boleh menyebabkan perbezaan yang sangat ketara.
i) Tinggi lwn. Rendah
Letakkan router setinggi yang boleh untuk memanjangkan jarak penyiaran gelombang radio. Ini juga membantu mengelakkan router daripada gangguan.
ii) Konkrit & Logam
Pastikan router anda tidak dihalang oleh sebarang objek lain, terutamanya peranti elektronik. Juga, elak dari meletakkan router anda di tingkat bawah tanah kerana kawasan ini selalunya ditutupi banyak konkrit, yang hampir tidak boleh ditembusi oleh isyarat Wi-Fi.
iii) Jarak ke Router
Semakin jauh jarak router anda, semakin lemah isyarat Wi-Fi. Oleh itu, pilihan terbaik ialah meletakkan router anda paling dekat dengan peranti anda, tapi ini hanya praktikal jika anda mempunyai satu kawasan utama tempat anda biasanya menggunakan peranti anda.
Jika tidak, anda boleh meletakkan router anda berdekatan bahagian tengah rumah anda. Wi-Fi dapat memancarkan isyarat dalam 360 darjah, jadi untuk meletakkannya di bucu rumah tidak munasabah.
2. Gangguan Wayarles
Anda mungkin tidak menyedari bahawas di mana sahaja anda pergi akan terdapat isyarat wayarles dan ia melalui anda pada setiap masa. Dari mana? Peranti elektronik, router Wi-Fi, satelit, menara sel dan banyak lagi.
Walaupun Wi-Fi sepatutnya berada pada frekuensi berbeza daripada kebanyakan peranti, jumlah hingar radio ini masih boleh menyebabkan gangguan. Antara beberapa sebab gangguan yang biasa termasuk:
i) Gelombang Mikro
ii) Peranti Bluetooth
iii) Telefon Tanpa Wayar
3. Isyarat Wi-Fi sekeliling
Hakikat dunia moden, setiap isi rumah mempunyai rangkaian Wi-fi tersendiri, yang boleh menyebabkan masalah dengan pertindihan saluran. Ini boleh menyebabkan masalah di sebuah rumah bandar, terutama sekali di kompleks perumahan dan pangsapuri di mana terdapat banyak router yang berdekatan.
Oleh itu, penting untuk memilih saluran yang baik dalam tetapan router anda. Router moden boleh memilih saluran untuk anda secara automatik, tetapi adakala lebih baik jika anda boleh meneliti sendiri untuk mencari saluran terbaik.
4. Penggunaan
Ada berkemungkinan terdapat orang yang menggunakan rangkaian anda contohnya rakan-rakan, rakan sebilik atau ahli keluarga menggunkan untuk aktiviti jalur lebar berat seperti bermain permainan dan penstriman Ultra Box/Netflix.
Jika ini terjadi, anda boleh mengutamakan trafik rangkaian anda sendiri dengan mengaktifkan Mutu Perkhidmatan dalam tetapan router anda.
Jika masalah ini berterusan, sila jalankan Ujian Ping, Ujian Traceroute dan lampirkan gambar atau tangkapan skrin kedua-dua keputusan ujian dalam Borang Maklum Balas di bawah untuk bantuan lanjut.
Sila pastikan untuk melampirkan tangkapan skrin yang diperlukan dalam SATU fail (contohnya dokumen Microsoft Word, PDF, fail Imej) sebelum menghantar borang.
Maklumat Pantas
Ujian Kelajuan ialah perkhidmatan yang memberikan analisis percuma bagi parameter capaian Internet, seperti kadar data sambungan.
Ujian Ping menunjukkan tempoh yang diperlukan untuk paket sampai kepada hos.
Ujian Traceroute mengesan laluan paket ke hos destinasi daripada server kami.
Jika perkhidmatan Astro anda digantung, langganan Disney+ anda akan dihentikan buat sementara waktu dan hanya akan disambung semula apabila perkhidmatan Astro anda dipulihkan.
Jika perkhidmatan Astro anda ditamatkan, langganan Disney+ anda melalui Astro juga akan ditamatkan secara automatik.
Tiada bayaran tambahan akan dikenakan jika anda berpindah. Tapi anda perlu memaklumkan Astro bahawa anda berpindah. Sila rujuk Terma & Syarat Am Astro untuk maklumat lanjut.
Cukai Perkhidmatan sebanyak 6% dan 8% akan dikenakan mengikut langganan perkhidmatan seperti dibawah:
- Cukai Perkhidmatan 8% untuk langganan Astro Pek
- Cukai Perkhidmatan 6% untuk langganan Astro Fibre
Yes, you can download ZEE5’s content on your device for offline viewing if you have subscribed to ZEE5 Premium. This feature is not available if you are not a Premium member. However, kindly note that some content is subjected to copyright which disables the download function on those selected videos.
Sudah tentu! Sila pastikan akaun anda aktif ketika permintaan pemindahan.
Bermula 1 Julai 2023, Astro akan menerima cek yang dideposit melalui Public Bank Berhad SAHAJA.
Untuk memudahkan anda membuat bayaran bulanan,kami mengesyorkan anda untuk membuat bayaran melalui kaedah-kaedah alternatif.
- Auto-Debit
- Online Banking
- JomPAY
- Astro Quick Pay
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membuat bayaran melalui kaedah bayaran yang tersenarai di atas, layari pautan ini.
Jika anda masih ingin meneruskan pembayaran dengan cek, pastikan anda mengikut langkah-langkah di bawah:
Langkah 1: Isikan maklumat di dalam cek
Langkah 2: Pastikan anda menulis 10-digitnombor akaun Astro anda dengan betul di belakang cek.
Langkah 3: Pergi ke Public Bank terdekat
Langkah 4: Cari Mesin Deposit Cek
Langkah 5: Pilih “Bayaran Bil” di atas skrin
Langkah 6: Pilih “Astro”
Langkah 7: Masukkan cek ke dalam mesin
Langkah 8: Ambil resit
Apabila akaun anda telah mencapai tempoh (tahun) matang untuk menaik taraf, kami akan menaik taraf peringkat akaun anda yang sedia ada ke peringkat yang baru dan anda akan nikmati ganjaran yang lebih menarik ditawarkan di dalam aplikasi My Astro. Yang paling best, anda masih layak untuk menikmati semua ganjaran daripada peringkat sebelumnya juga.
Yes. All TVBAnywhere+ add-on plans; VOD Zone, Channel Zone, and Premium allow streaming on up to 2 devices concurrently. This means you can enjoy your favorite content on two devices at the same time.
Perkhidmatan ini tiada caj tambahan sebab perkhidmatan ini diperkenalkan untuk menambahbaikkan kemudahan anda.
- Unit Mesh hanya boleh digunakan di dalam rumah. Ia boleh dipasang pada dinding atau diletakkan secara melintang pada meja. Jangan pasangkan dalam mod lain, seperti pada siling.
- Pastikan mempunyai jarak sekurang-kurangnya 10cm lapang di sekeliling unit mesh untuk memastikan pengudaraan yang betul.
- Jauhkan unit mesh daripada perkakas elektrik yang menjana medan magnetik yang kuat atau medan elektrik, seperti ketuhar gelombang mikro.
Ya, Cukai Perkhidmatan 6% akan dikenakan untuk penggantian kad pintar/kad sim Astro berkuat kuasa tarik bil 9hb Jul 2024 dan seterusnya.
Yes, the Favourite channels will follow the latest channel list. Therefore, you will need to reset your Favourite channels.
Sila pastikan anda:
a. Sediakan kad pengenalan asal andaš MyKad (Depan ; Belakang) dengan anda (Warganegara Malaysia)
b. Sediakan Pasport asal anda & Visa dengan anda. (Bukan Warganegara Malaysia)
c. Dalam persekitaran yang terang
"Tarikh Akhir Pembayaran" adalah tarikh akhir di mana anda perlu membuat bayaran bil Astro setiap bulan.
Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan SIM kad rosak. Anda boleh melayari halaman Bantuan & Sokongan Astro dan skrol ke bahagian 2. Technical Troubleshooting – Ultra Box / Ulti Box untuk mencari senario yang paling sesuai dengan situasi anda. Kemudian ikut langkah penyelesaian yang tertera.
LHDN melaksanakan e-Invois untuk memudahkan dan meningkatkan kecekapan proses cukai untuk perniagaan dan pihak Kerajaan. Ini boleh memberikan pengalaman pelanggan yang lancar.
Tidak. Astro GO merupakan manfaat PERCUMA eksklusif untuk pelanggan dengan langganan Astro. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun langganan Astro, sila lawati astro.com.my untuk mengetahui lebih lanjut.
Ikuti langkah berikut untuk beli filem Astro First melalui My Astro:
- Buka/Muat turun My Astro app atau layari My Astro web
- Log masuk dengan Astro ID anda
- Pergi ke Astro Store
- Pilih filem Astro First
- Tekan ‘Sewa’
- Sahkan penyewaan
- Anda akan menerima mesej pengesahan penyewaan yang memaparkan saluran tontonan dan tarikh luput filem tersebut
🎁 Nak sewa filem Astro First dengan lebih cepat?
📱 Muat turun My Astro app sekarang untuk:
- Cara filem & beli terus
- Sewa terus dengan satu sentuhan
- Dapatkan notifikasi filem baru
Tidak, tiada caj penalti dikenakan jika anda membatalkan langganan Multiroom (Smart TV) anda.
Anda hanya perlu memulangkan Ultra dan Ulti Box bersama kad SIM. Alat kawalan jauh, kabel atau piring satelit tidak perlu dipulangkan dan boleh dihantar ke pusat kitar semula yang boleh di dapati di sini.
Anda masih akan dikenakan caj penalti sebanyak RM100 (sebelum caj cukai jualan dan perkhidmatan) seperti terma dan syarat yang telah ditetapkan kerana Astro Box & Kad SIM merupakan hak milik Astro.
Ikuti langkah berikut untuk 'muat semula' atau 'refresh' smartcard anda melalui My Astro:
- Buka/Muat turun My Astro app atau layari laman web My Astro web
- Log masuk dengan Astro ID
- Pergi ke Akaun
- Tekan Langganan atau Pek TV
- Tekan Bilik
- Untuk smartcard Astro yang ingin dimuat semula, tekan butang 'Muat semula'. Ini akan muat semula isyarat kotak Astro anda
📡 Mengalami masalah teknikal?
📱 Muat turun aplikasi My Astro untuk:
- Lakukan penyelesaian masalah sendiri
- Selesai dalam beberapa minit
- Tak perlu hubungi khidmat pelanggan
Pada masa ini, e‑Invoicing tidak diwajibkan untuk semua pelanggan. Namun, ia diwajibkan bagi pelanggan yang melanggan perkhidmatan Astro Fibre atau Broadband. Ini adalah selaras dengan keperluan e‑Invois nasional oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).
Untuk perkhidmatan Astro yang lain, e‑Invoicing adalah pilihan. Walau bagaimanapun, pelanggan digalakkan untuk menggunakannya kerana ia membantu mempercepatkan proses, memudahkan urus niaga serta memberikan pengalaman pengebilan dan pematuhan cukai yang lebih lancar dari semasa ke semasa.
SecureGo ialah proses untuk anda meluluskan transaksi My Astro dengan selamat dan mudah melalui pengesahan satu tap. Ciri ini tersedia pada aplikasi My Astro.
SecureGo akan menjadi kaedah pengesahan transaksi utama anda sebaik sahaja ia diaktifkan.
Yes, you can download selected content on the Viu mobile app for offline viewing at a later time
if you are a Viu Premium member. To view all the shows you have downloaded, please click on
the “download (downwards arrow)” button at the Home Page.
Pemulangan semula lebihan bayaran boleh dilakukan apabila akaun telah ditutup, terdapat lebihan bayaran dan juga apabila berlaku kesilapan pembayaran kepada akaun Astro yang lain.
Astro customers can enjoy a special offer of RM13.90/month (RRP RM13.90/month) when they subscribe to WeTV VIP via Astro.
Upgrade to Sun NXT Premium via www.astro.com.my/sunnxt or the MyAstro app. For further assistance, contact our customer service at 03-9543 3838.
Ya, anda boleh log masuk menggunakan alamat e-mel atau nombor telefon yang sama yang didaftarkan pada akaun Disney+ sedia ada anda.
Netflix Basic